Melihat
 perkembangan satu NGO bernama Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia 
(PasMa) amat melucukan. Bermula dari pertengahan Ogos 2014 sehingga 
sekarang, pelbagai kenyataan yang dikeluarkan menunjukkan mereka cuba 
menempelkan wajah politik sebenar. Dasarnya adalah tidak puas hati 
dengan kepimpinan tertinggi PAS yang sedia ada. Kononnya juga ingin 
memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan meletakkan PAS dijalan yang 
betul. 
Bermula 31 Ogos lepas PasMa menegaskan mereka adalah NGO kebajikan. Tetapi aneh dan lucu apabila segala tindakan penggerak PasMa berbentuk politik. Kebanyakan sebaran media PasMa menghina dan mencemuh pimpinan PAS. Seolah-olah ulama yang menerajui PAS terlalu dungu dan terpesong dari ajaran Islam?
Jika diperhatikan seorang demi seorang penggerak utama PasMa, mereka adalah golongan yang kecewa dalam PAS. Tidak salah juga diibaratkan mereka adalah pembawa masalah dalam PAS selama ini. Pelbagai masalah timbul semasa mereka berada di DUN atau PAS kawasan. Buktinya, tanyalah sendiri ahli-ahli PAS yang pernah berurusan dengan mereka.
Saranan saya kepada pemimpin PAS agar tidak mudah melatah dengan usikan mentah dari PasMa samada melalui ceramah-ceramah atau media-media sosial. Biarlah mereka berminda "fixed delusion" dengan tuduhan-tuduhan UG, konservatif, kolot dan sebagainya. Usaha untuk membawa PAS ke persada nasional lebih penting dari usikan segelintir pihak serpihan ini. Teruskan agenda memperjuangkan hak rakyat. Isu GST, Royalti, rasuah dan kebocoran khazanah negara lebih utama dari isu minda fixed delusion PasMa!
Dr Ghazali Hasbullah
  
0 comments:
Post a Comment