Kata
Confucius, “Apabila anda tahu suatu perkara, dan menyedari anda mengetahuinya,
dan apabila anda tidak tahu mengenai suatu perkara, dan menyedari anda tidak
mengetahuinya. Itu adalah pengetahuan”
Pembentangan Pindaan
Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 di persidangan Dewan Undangan
Negeri Kelantan baru-baru ini merancakkan semula perbahasan dan perdebatan di
kalangan masyarakat awam dan pembuat undang-undang berkenaan pelaksanaan
hukuman hudud di negara ini, khususnya di negeri kelantan.
Saya
secara peribadi merasakan ini merupakan perkembangan yang baik, apabila budaya
perbincangan secara ilmiah dan perbahasan secara sihat berlaku, membawa kepada
penambahbaikan samada kepada tahap ilmu masing-masing, ataupun kepada cara kita
berfikir dan merancang gerakerja.
Bagaimanapun,
ramai di kalangan kita pada hari ini masih tidak memahami apa itu hukuman
hudud, lantas merasa takut sebelum berusaha memahaminya. Ruang yang ada di
media perdana pula tidak memberi ruang yang baik kepada pihak tertentu,
contohnya kerajaan negeri Kelantan untuk memberikan penerangan dan sebagainya.
Penerbitan
semula buku ringkas penerangan mengenai hudud, berserta tambahan terjemahan
bahasa inggeris ini dikira tepat pada waktunya, bagi meningkatkan kefahaman
masyarakat umum, samada muslim atau non muslim. Ia juga diharap dapat
mengurangkan stigma masyarakat terhadap hukuman hudud. Semoga dengan kehadiran
buku ini, kita mendapat gambaran yang lebih jelas bagaimana hukum hudud ini
sebenarnya hukum yang berteraskan prinsip keadilan, sesuai dengan sifat Islam
sebagai Rahmatan lil ‘alamin, iaitu rahmat ke seluruh alam.
SUHAIZAN KAYAT
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sesi 2012-2014
0 comments:
Post a Comment