Tarikh: 26hb April 2014
1. Kerajaan Negeri Kelantan akan melaksanakan hukum hudud sepertimana yang telah diluluskan oleh mereka sejak 1993 dan setelah mendapat janji sokongan penuh daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
2. Dalam salah satu temubual, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah, TMB Kerajaan Negeri Kelantan ditanya berkenaan pelaksanaan potong tangan, lalu beliau berhasrat memohon bantuan doktor pakar bedah di atas dasar untuk memberikan hukuman secara profesional kepada penjenayah.
3. Ia jelas menunjukkan sikap profesional TMB Kelantan itu. Walaupun dengan penjenayah berat seperti mencuri, beliau tetap cuba mencari solusi yang profesional untuk menjalankan hukuman berkenaan.
4. Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Datuk Dr NKS Tharmaseelan tidak semena-mena memberi respon yang kasar dan sinis terhadap permohonan bantuan tersebut tanpa menunjukkan sebarang sikap profesional, sebaliknya terus mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan doktor terlibat langsung, sedangkan hakikatnya sekarang, doktor turut terlibat menyaksikan kes sebatan untuk memastikan keupayaan pesakit.
5. Sekali lagi Presiden MMA tersebut menunjukkan mentaliti barbarian apabila mencadangkan pemotong daging yang memotong tangan pencuri. Ia jelas menunjukkan perbezaan sikap antara TMB Kelantan dengan Presiden MMA. TMB Kelantan, walaupun berurusan menghukum penjenayah, masih memilih untuk memohon bantuan nasihat mereka yg profesional, pakar dan berilmu, tetapi Presiden MMA pula menunjukkan sikap kasar, tidak profesional dan meletakkan taraf penjenayah sama dengan binatang apabila mencadangkan si pemotong daging memotong tangan penjenayah.
6. Kami mendesak supaya Presiden MMA lebih memahami tuntutan agama kaum lain, menghormati aspirasi menteri di Jab PM yg menyokong hudud dan mendesak Presiden MMA memohon maaf secara terbuka dan tidak lagi menunjukkan mentaliti barbarian kepada rakan yang seprofesion sekeliling beliau.
Dr Ghazali Hasbullah Pengarah Urusan Muslim Professional Network