1.  Hijratur Rasul saw adalah satu lembaran agung yang telah memahat  sejarah gemilang buat perjuangan Islam yang didokong oleh al Musthafa  saw tatkala ia adalah garis pemisah yang membebaskan ummah dari belenggu  jahiliyyah dan noktah gemilang pembentukan sebuah baldatun toyyibah wa  rabbun ghafur [ negara yang baik - aman, sejahtera dan membangun -  sementara tuhan mengurniakan keampunanNya ]
2.  Justeru memperingati ulangtahun perisiwa hijrah, selayaknya setiap  individu  khasnya anak muda menghayati sejarah agung ini dan bersedia  untuk  melakukan sebuah perubahan total ke arah pembentukan masa depan  negara yang aman, sejahtera, harmoni dan mendapat lindungan rahmat serta  keampunan Allah swt.
3. Peristiwa Hijratur  Rasul sarat dengan kisah pengorbanan. Samaada pengorbanan nyawa  sebagaimana yang dibuktikan oleh Saidina Ali Karramallahuwajhah,  pengorbanan harta seperti yang dipamerkan oleh Suhaib ar Ruumi sehingga  kisahnya dirakam oleh Allah swt di dalam al Quranil Kareem :
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ
Dan  di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan  Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan  hamba-hambanya.
al baqarah : ayat 207
4.  Sunnatullah, bahawa perjuangan besar untuk melunaskan sebuah perubahan  dan amanah gerakkerjanya, menghadapi cabaran yang mengundang implikasi  besar, namun itulah harga sebuah perjuangan yang mesti dibayar oleh para  pejuang . Harta dan nyawa menjadi taruhan demi sebuah perjuangan suci.
5.  Bangkitlah wahai sekelian anak muda dari tidur yang panjang. Kini kita  berada selekoh akhir untuk membuat pecutan kemenangan ke garis penamat.  Sempena ulangtahun  Hijrah ar Rasul saw kali ini, kebangkitan anak muda  mewarnai gerakan perubahan adalah suatu yang sangat didambakan.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
 

 
 
 
 
 
 
 
0 comments:
Post a Comment