Saturday, 3 December 2011

Adab Bertaqlid dan Berijtihad

USUL KETUJUH
و لكل مسلم لم يبلغ درجة النظر فى أدلة الأحكام الفرعية أن يتبع إماما من أئمة الدين و يحسن به مع هذا الإتباع أن يجتهد ما استطاع فى تعرف ادلته و أن يتقبل كل إرشاد مصحون بالدليل متى صح عنده صلاح من أرشده و كفايته و أن يستكمل نقصه العلمى إن كان من أهل العلم حتى يبلغ درجة النظر
" Seseorang muslim yang ilmunya tidak mencapai tahap nazhar ( النظر ) (mampu mengeluarkan hukum dari dalil dalam hukum - hukum cabang ) sewajarnya ia mengikut mana - mana Imam dikalangan Imam - imam mazhab , sementara itu , adalah sebaiknya ia usaha bersungguh untuk mengetahui dalil - dalil imamnya .Jua hendaklah ia menerima pedoman berdalil tetkala ia yakin kebenaran dan keahlian orang yang memberi pedoman kepadanya , dan hendaklah ia melengkapi ilmunya hingga ke tahap (النظر) jika ia terdiri daripada ahli ilmu ( orang yang berupaya menuntut ilmu ) "
ULASAN .
Islam adalah ugama yang menitik beratkan ilmu . Mereka yang menganut ajaran Islam diseru supaya mendalami urusan ugama mereka . Firman Allah swt .
و مـا كـان الـمؤمنون لـينفروا كـافـة فـلولا نفر من كل فرقـة منـهم طائفة ليتفقهوا فى الدين و لينذروا قومهم إذا رجعوا إليهم لـعلـهم يحذرون
" Tidak sepatutnya bagi orang - orang yang mu'min itu pergi semuanya ( ke medan perang ) mengapa tidak pergi dari tiap - tiap golongan diantara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang ugama dan untuk memberi peringatan kepada qaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya , supaya mereka berwaspada ”
( At Taubah 122 )
Kejahilan adalah bahaya besar yang mendedahkan ummah kepada krisis moral akidah dan peradaban . Kewajipan yang pasti kepada setiap individu ummat ialah membebaskan diri mereka dari belenggu kejahilan sehinggalah mereka memahami perkara asas dalam ugama ( fardhu ain ) malah lebih tinggi , hingga ke tahap mampu istinbath hukum dari sumbernya yang asli iaitu Al quran dan Hadis .
Mengekalkan kejahilan yang menguasai diri adalah satu dosa yang mendorong seseorang itu terlepas dari ikatan ugama . Namun menyedari tahap kemampuan menguasai ilmu , Al Imam Asy -Syahid menjelaskan[1] :
أن الـتـقـلـيد جـائـز للـعـاجز و الإجـتهـاد جـائـز للـقـادر
" Bahawa taqlid itu harus bagi orang yang lemah dan berijtihad itu harus bagi orang yang mampu ”
Sementara Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam Al Fatawa menjelas[2] :
أن الإجتهاد جائز فى الجملة و التقليد جائز فى الجملة لا يوجبون الإجتهاد كل احد و يحرمون التقليد و لا يوجبون التقليد على كل أحد و يحرمون الإجتهاد وأن الإجتهاد جائز للقادر على الإجتهاد و التقليد جائز للعاجز عن الإجتهاد
" Bahawa Ijtihad harus dalam satu keadaan dan taqlid harus dalam satu keadaan . Tidak diwajibkan ijtihad ke atas setiap individu dan tidak diharamkan pula bertaqlid dan tidak diwajibkan taqlid ke atas setiap individu dan tidak diharamkan pula berijtihad . Ijtihad harus bagi yang mampu berijtihad dan taqlid harus bagi yang lemah untuk berijtihad ." Sungguhpun mereka dibolehkan taqlid kepada mana - mana mujtahid atau imam - imam mazhab , sebaiknya ia berusaha sedaya upaya mungkin untuk mengetahui dan memahami dalil - dalil yang digunakan oleh imam - imam mereka .
Jua digariskan supaya mereka menerima pandu tunjuk guru mursyid (berkeahlian / ahli ilmu) dalam perkara yang tidak jelas kepada mereka . Firman Allah swt :
فـاســألوا أهـل الذكـر إن كنتم لا تعـلمون
" Maka bertanyalah kepada ahli Ilmu jika kamu tidak mengetahui "
( Al Anbiya' 7 )
Fenomena yang menyedihkan kita hari ini apabila ummah terdedah kepada guru - guru parasit ( yang tidak berkeahlian ) untuk memandu mereka . Kebanjiran guru - guru seperti ini samaada dalam bentuk individu dengan pelbagai status mereka atau dalam bentuk media massa yang mempengaruhi minda mereka . Arahan Ilahi " فـا سـألوا أهل الذكر " cukup memahamkan kita bahawa tidak semua orang boleh di ambil sebagai guru , melainkan jelas kebenaran dan keahlian gurunya.
Sementara Al Imam Asy Syahid pula menegaskan :
متى صح عنده صلاح من أرشده و كفايته
" Apabila shohih kebenaran dan keahlian guru itu "
Taqlid .
Taqlid ialah menerima pendapat seseorang tanpa hujjah syari’yyah , pula tidak mendapatkan dalil penentu hukum terhadap pendapat yang diterimanya .[3]
Berasaskan pengertian ini , masaalah aqidah ( menentukan haq dan bhatil ) adalah suatu yang tidak dibenarkan taqlid menurut ijma’ ulama’ .
يقول ابن القيم: الأمور الإعتقادية المتعلقة بأصول الدين لا يجوز التقليد فيها بالإجماع لأن هذه الأمور لا يغنى فيها الظن و إنـما سـبيلها اليقين .
“ Urusan aqidah yang berhubung kait dengan usul ugama , Ijma’ ulama’ bahawa ianya tidak dibenarkan taqlid kerana urusan aqidah tidak boleh ditangani secara zhon sebaliknya mestilah dengan penuh keyakinan ” [4]
Tegas di sini bahawa untuk menentukan cara hidup ( samaada hidup untuk Islam keseluruhan , hidup untuk Islam sebahagiannya sementara sebahagian yang lain untuk pegangan atau fahaman yang tidak Islam seperti sekularisme , nasionalisme , kapitalisme dan lainnya atau hidup keseluruhannya bukan untuk Islam “murtad” ) sewajibnya kita kembali kepada hujjah - hujjah syariah dengan tidak melulu mengikut selera orang ramai atau selera zaman . Menentukan cara atau arah perjuangan adalah perkara pokok dalam Islam .
Ahli ilmu dalam menangani cabaran zaman pula harus meningkatkan kemampuan ilmu sehingga mereka mampu menyelesaikan kerumitan masaalah hukum yang dihadapi oleh ummah . Kini ijtihad dan pandangan ilmiah ahli ilmu diperlukan untuk memecah kebuntuan ummah yang berhadapan dengan kekeliruan dan kekaburan seperti masaalah isme - isme yang dianut oleh ummat Islam masa kini termasuk juga masaalah - masaalah seperti saham , ibu tumpang dan sebagainya .
Ijtihad ahli ilmu amat diperlukan kerana fungsi ijtihad itu sendiri [5] .
1. Memelihara kesucian dan keutuhan syariat Islamiyyah disemua tempat dan zaman .
( mereka yang mendaawa pintu ijtihad telah ditutup sepenuhnya hanyalah merentang fitnah kepada kesucian ugama kerana tanpa ijtihad ahli ilmu, kebuntuan ummah semasa tidak dapat dirungkai)
2. Merai keperluan dan maslahah .
3. Menutup ruang penerimaan undang - undang ciptaan manusia .
( Tanpa ijtihad dalam perkara semasa , memberi ruang kepada qanun ciptaan manusia di terima oleh masyarakat untuk menyelesaikan masaalah mereka . )
4. Menyelaraskan antara Nas dan Maslahah .
5. Masa kini ( keperluan semasa ).
Kerana kaedah syariah : ( تـغـيـر الأحـكام بـتـغـيـر الأزمـان ) [6]
" Berubah hukum hakam dengan berubahnya zaman "
[1] Nazarat Fi Risalah At Taalim .
[2] Al Fatawa 20 : 204
[3] Fahmul Islam . Oleh Jumua’h Amin m/s 109
[4] Lihat إعلام الـموقـعـيـن
[5] الـرخـص الشـرعـيـة oleh Dr. Wahbah Az Zuhaili m/s 109
[6] Rasail Ibnu A'bidin 2:125

0 comments:

Post a Comment