"Perselisihan fiqh dalam perkara cabang tidak sepatutnya menjadi sebab kepada perpecahan dalam agama dan tidak seharusnya membawa kepada perbalahan atau permusuhan. Setiap orang yg berijtihad ada pahalanya. Walau bagaimanapun tidak ada penghalang bagi melakukan tahqiq ilmu/penjelasan ilmiah dalam masalah-masalah yg diperselisihkan dalam suasana kasih sayang kerana Allah SWT. Serta kerjasama dalam menyampaikan kebenaran tanpa terbawa-bawa kepada pertengkaran yg dicela serta taksub."
Keterangan
Al Imam Syahid Hasan Al Banna menjelaskan dalam usul ini tentang sikap atau pendirian dalam menghadapi perselisihan fiqh dan kesan-kesan dari perselisihan tersebut.
Ramai orang telah tersilap dalam menentukan sikap yg sebenarnya dalam menghadapi masalah perselisihan fiqh ini. Sikap ini akhirnya membuahkan hasil yg amat pahit. Perpecahan, perbalahan, permusuhan, taksub dan pertengkaran berlaku dan umat kemudiannya menjadi lemah, sehinggalah datang Al Imam Syahid dengan pendirian yg sebenar yg memelihara kejinakan hati dan kejernihan jiwa manusia.
Perselisihan fiqh tidak seharusnya memecah belahkan.
Al Imam Asy Syahid menekankan tentang permasalahan ini kerana:
- perselisihan fiqh merupakan sesuatu yg pasti akan berlaku.
- setiap orang akan mengambil pendapat mana-mana imam bertujuan untuk mentaati Allah SWT dan mentaati Rasulullah SAW.
- kejinakan hati lebih besar dari apa yg didapati dari perselisihan fiqh.
- kita boleh mengambil pengajaran dan contoh yg baik dari generasi yg diasuh oleh Rasulullah SAW. Mereka berselisih faham dalam perkara yg bersangkutan dgn fiqh tetapi mereka tidak berpecah atau bermusuhan.
Oleh kerana itulah Imam Asy Syahid menunjukan kepada akal-akal yg berfikiran waras kearah kefahaman yg sebenar lalu menetapkan bahawa: "Perselisihan fiqh dalam perkara cabang tidak sepatutnya menjadi sebab berlakunya pepecahan dalam agama atau membawa kepada perbalahan dan permusuhan."
Apa yg ditetapkan oleh beliau itu juga adalah juga apa yg telah ditetapkan oleh para ulama' yg terkemuka. Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah berkata:"Manakala perselisihan dalam menentukan hukum-hakam adalah terlalu banyak dan jika sekiranya setiap kali dua orang Muslim berselisih pendapat dalam sesuatu, boleh menyebabkan kedua-duanya berjauhan, nescaya tidak akan wujud di kalangan kaum Muslimin keteguhan dan persaudaraan." [Al Fatawa:24/173]
Antara usul ahli Sunnah wal Jamaah ialah berpegang teguh dengan tali Allah SWT (agama) dan tidak berpecah-belah. Firman Allah SWT: "Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah berpecah belah." [Ali Imran:103]
[Pandangan Semula Kepada Risalah Ta'alim]
[1]
PERSELISIHAN FIQH (PART 2)
Sepatutnya orang-orang yg berselisih tentang perkara yg berkaitan dengan fiqh megetahui bahawa setiap orang yg berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengetahui hukum Allah SWT diberi balasan pahala sama ada salah atau betul. Mengapakah seharusnya mereka saling bertengkaran dan berbantahan. Sabda Rasulullah saw yg bermaksud:
"Apabila seseorang hakim itu berhukum lalu berijtihad dan ijtihadnya betul maka dia akan mendapat dua pahala, dan apabila dia berhukum lalu berijtihad dan ijtihadnya salah maka dia akan mendapat satu pahala." [Muslim:3/1343 no:1716]
Perbincangan di bawah naungan kasih sayang.
Seterusnya Imam Asy Syahid menegaskan pula bahawa tidak ada halangan untuk dilakukan perbincangan tentang perkara-perkara cabang bagi mengetahui dalil-dalil yg kuat dan lemah, dengan syarat perbincangan tersebut hendaklah bersih dan berjalan di bawah naungan ukhuwah dan kasih sayang kerana Allah SWT. Uslub inilah yg sebenarnya dapat menyampaikan kepada kebenaran tanpa berlaku kerugian. Ini merupakan sistem yg telah dipraktikkan oleh para salafus soleh dari kalangan sahabat dan tabi'in.
Sheikhul Islam berkata: "Sesungguhnya ulama' dikalangan sahabat dan tabi'in serta orang-orang yg selepas daripada mereka, apabila
berselisih faham dalam sesuatu perkara, mereka akan mengikut arahan Allah di dalam firmanNya:
"Apabila kamu berselisih faham dalam sesuatu perkara maka kembalikanlah ia kepada Allah dan RasulNya, jika kamu beriman dengan Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." [An Nisa':59]
Mereka berbincang dalam menyelesaikan masalah dengan perbincangan yg berbentuk musyuwarah dan nasihat menasihati. Mungkin mereka berselisih dari sudut kata-kata dalam masalah-masalah yg ilmiah dan praktikal, sedangkan kejinakan hati-hati, keteguhan dan persaudaraan dalam agama tetap kekal seperti biasa. [Al Fatawa:24/1721]
[Pandangan semula kepada Risalah Ta'alim]
Semoga artikal di atas dapat memberi sedikit manafaat kepada kita semua. Kita tidak mahu ada perselisihan faham dalam PAS akan menghancurkan harapan PAS menawan hati rakyat untuk mendekati perjuangan PAS lebih-lebih lagi di Sarawak yang perlu tarbiyah serta dakwah Islam secara menyeluruh.
Sekian Wasalam
Jofri Jaraiee
PAS Miri
0 comments:
Post a Comment