| Harakahdaily | 
|  KUALA LUMPUR, 24 Dis: Jabatan  Undang-undang dan Hak Asasi Manusia  (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia memuji keberanian para mahasiswa  baru-baru ini yang menurunkan satu kain bercetak wajah Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Razak di hadapan ibu pejabat Umno sebagai simbolik  tuntutan mereka terhadap kempen  kebebasan akademik yang diperjuangkan selama ini. Pengarahnya,  Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi  berkata, tindakan para mahasiswa tersebut  sebenarnya rentetan daripada rasa mual mereka terhadap dunia akademik di  Malaysia yang semakin lesu dan terkongkong oleh sikap Kerajaan Umno  Barisan Nasional yang terus menekan para ahli akademik yang berani  bersuara demi kebenaran. Katanya, Juham melihat tindakan para  mahasiswa tersebut adalah tindakan yang berani dan merupakan suatu  manifestasi kepada hak dan kebebasan mereka untuk bersuara sepertimana  yang dibenarkan oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Oleh  itu, jelasnya mahasiswa harus menjadikan perkara itu sebagai suatu  momentum untuk terus maju ke hadapan tanpa gusar dan takut dengan  ugutan-ugutan bacul dari Umno Barisan Nasional dan konco-konconya. Malah,  ujarnya Juham melihat perarakan kumpulan pelajar pro-Aspirasi yang  menjadi budak-budak suruhan Umno berdemonstrasi di hadapan bangunan  kementerian pengajian tinggi baru-baru yang menuntut Datuk Saifuddin  Abdullah supaya meletakkan jawatan kerana didakwa "terlalu mesra" dengan  pelajar pro-Mahasiswa, tidak lain dan tidak bukan adalah tindakan  terdesak Kerajaan Umno Barisan Nasional yang malu apabila kain bercetak  wajah Presiden mereka diturunkan. "Sekiranya mereka  benar-benar berani dan yakin dengan pendirian mereka, kenapa kumpulan  pelajar pro-Aspirasi tersebut enggan untuk berjumpa Datuk Saifuddin  Abdullah walaupun telah diminta berbuat demikian," ujarnya kepada  Harakahdaily. Juham selanjutnya, kata beliau mengutuk  sekeras-kerasnya tindakan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang  telah menyerahkan notis kepada aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim  supaya menghadiri sesi pendengaran tatatertib pada 9 Januari berhubung  insiden menurunkan bendera tersebut. Tegasnya, Juham melihat  tindakan UPSI tersebut seumpama menghina keputusan Mahkamah Rayuan  bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku)  bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Justeru,  tambahnya UPSI dan lain-lain institut pengajian tinggi seharusnya  mengambil sikap menghormati keputusan mahkamah tersebut yang mengiktiraf  hak kebebasan bersuara mahasiswa. Tambahnya lagi, tindakan  UPSI tersebut jelas mencerminkan tindakan terdesak Umno Barisan Nasional  bagi menakut-nakutkan mahasiswa kerana Umno sedar bahawa mahasiswa  merupakan kuasa perubah yang besar dan mampu menggulingkan mereka dalam  Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Juham, jelasnya dari dulu, kini  dan selamanya tanpa jemu sentiasa  berpegang dan berpegang teguh kepada kebebasan untuk bersuara di mana  ia adalah suatu hak asasi kepada semua rakyat Malaysia dan ia jelas  termaktub di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, namun dinafikan  oleh Kerajaan Umno Barisan Nasional. "Justeru, Juham yang  terdiri daripada barisan peguam-peguam di seluruh Malaysia berikrar akan  membela dan menyokong para mahasiwa ini sekiranya mereka didakwa di  mahkamah," katanya. Malah, ujarnya Juham bersedia untuk  memberikan khidmat nasihat guaman percuma kepada para mahasiswa  sekiranya mereka dipanggil untuk menghadiri tindakan tatatertib sebagai  bukti sokongan padu pihaknya kepada gerakan mahasiswa yang mendokong  kebenaran dan  keadilan. "Akhirnya, Juham mengucapkan syabas kepada seluruh  mahasiswa atas keberanian mereka dan Juham menyeru mahasiswa sekalian  supaya terus maju ke hadapan tanpa rasa gentar dan takut dalam  menyuarakan kebenaran yang merupakan hak asasi anda semua dan dijamin  oleh Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi negara,"  tegasnya. | 
Peralatan Kantor Mesin Penghitung Uang
                      -
                    
*Peralatan Kantor Mesin Penghitung Uang* - Dijaman sekarang semakin ketat 
persaingan perusahaan yang membuat perusahaan harus pintar dalam mengatur 
strateg...
10 years ago
 

 
 
 
 
 
 
 
0 comments:
Post a Comment