Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) menyokong gesaan Tun Dr  Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri yang meminta Datuk Seri  Shahrizat Abdul Jalil supaya berundur kerana terpalit dengan kes rasuah  yang dikaitkan dengan beliau dan keluarganya. Bagi DPP Malaysia, elok  benar jika Datuk Seri Shahrizat Jalil berundur waktu ini sebelum beliau  ‘dihalau’ keluar oleh partinya.
DPP Malaysia berpendapat hayat politik Datuk Seri Shahrizat sudah tamat  dengan siri pendedahan yang dilakukan yang sukar untuk dinafikan.  Bahkan, isu beliau kini sudah menjadi bebanan pula kepada UMNO-BN dan  sukar untuk mereka menjawab setiap persoalan yang ditanyakan oleh  rakyat.
DPP Malaysia melihat pertarungan politik baru bagi menghadapi PRU ke 13  perlu dijalankan dalam dimensi baru. Rakyat sekarang sudah mula menilai  pemimpin atau calon yang bertanding dari mana-mana parti politik dan  kriteria utama yang mereka letakkan untuk mengangkat pemimpin yang akan  dinobatkan dalam PRU ke 13 nanti adalah bersih, berakhlak mulia, berjiwa  rakyat, mempunyai wibawa, membela isu rakyat, serta mempunyai iltizam  yang tinggi untuk membangunkan negara.
Rakyat sudah jemu dan menolak pemimpin yang dipalitkan dengan rasuah, skandal, korup serta tidak berwibawa.
Selain itu, parti-parti politik perlu menjaga imej negara di pentas  antarabangsa. Rakyat negara ini tidak rela reputasi negara ini jatuh di  mata masyarakat dunia angkara pemimpin yang dikaitkan dengan rasuah.  Untuk membina imej yang baik ini, pemimpin di mana-mana peringkat perlu  bersih malah dilihat bersih oleh rakyat. Pemimpin tidak boleh terkait  dengan apa juga skandal yang menjadi masalah kepada beliau di kemudian  hari. Pemimpin mesti menjadi contoh yang baik kepada masyarakat untuk  diikuti agar mudah arahan mereka dipatuhi oleh rakyat.
Justeru itu, DPP Malaysia melihat saranan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu  ditujukan juga kepada semua pemimpin parti politik tidak kira mereka  dari UMNO-BN mahupun pembangkang. DPP Malaysia menasihatkan mana-mana  pemimpin yang pernah dikaitkan dengan apa juga kes sama ada rasuah,  korupsi, penyelewengan kuasa, mengamalkan kronisme, terlibat dengan  skandal seks, jenayah, dan lain-lain lagi perlu berundur dengan  terhormat dengan memberikan laluan kepada pemimpin lain untuk mengemudi  bahtera perjuangan parti politik masing-masing. Lanskap politik baru  Malaysia mesti dicoretkan di atas kanvas yang putih bersih diwarnai oleh  pemimpin yang murni dan bersih dari sebarang skandal!
Disediakan oleh;
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Peralatan Kantor Mesin Penghitung Uang
                      -
                    
*Peralatan Kantor Mesin Penghitung Uang* - Dijaman sekarang semakin ketat 
persaingan perusahaan yang membuat perusahaan harus pintar dalam mengatur 
strateg...
10 years ago

 

 
 
 
 
 
 
 
0 comments:
Post a Comment